PhotobucketPhotobucket Photobucket

Thursday 7 February 2013

cinta mudaa



Pada pagi yang indah dan mendamaikan .

“Lala, bila kamu nak bangun ni nak ? Dah lambat nak ke sekolah dah ni. Nanti kamu kena denda nak oiii” bebel ibu. Walhal anaknya tak dengar apa. Syok tidur .
“Ibunya ni kenapa bising pagi-pagi” tanya baba.

“Mana saya tak bising babanya, anak dara awak ni tak reti-reti nak bangun pergi sekolah” kata ibu sambil memandang anak daranya yang sedang lena. Baba hanya tersenyum sahaja. Boleh pula baba ni senyum. Patutnya dia marah. Pelikkan ??!

Tiba-tiba, Dushhhhh.

“Ooohhh baba ku kahwin lagi” terus aku melatah . Rupa-rupanya kena siram dengan segayung air oleh baba. Kacau betul  la. Sedap-sedap mimpi tadi. Boleh pulak ibu dengan baba gelakkan aku. Suka lah tu dapat kenakan anaknya ni .

“Bangun Lala, kamu tak nak ke sekolah ke ?” tanya baba.

“Sekarang pukul berapa baba?” tanya aku pula. Maklumlah, baru bangun tidur jadinya kepala tak boleh nak proses sangat.

“Nak dekat  tujuh setengah pagi wahai anakku sayang” jawab baba. Mendayu-dayu pula aku dengar.

“Alamak ! Dah lambat, nampaknya hari ni tak pergi sekolah boleh yea baba ? Lala macam tak sihat je ni” Aku memberi alasan. Lagipun  kalau ke sekolah, pasti kena denda kerana lambat . Jadinya tak pergi lah. Jangan buat contoh ye.

“Lala ni ada je lah, nasib baik keputusan peperiksaan bagus. Kali ni je. Esok pergi sekolah, STPM dah dekat” kata baba.

“Baik bos!” menyengih gembira aku. Ibu pula hanya geleng kepala melihat perangai anak bongsunya yang manja ini.

Nasib lah dapat anak bongsu yang terlebih manja ni. Nama ku  Najwa Suhaila. Anak bongsu kepada pasangan Najmi Sulaiman dan Siti Farhana . Mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Abang sulungku Najmi Shamin bekerja sebagai engineer disalah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.  Sudah berkahwin dan sedang menunggu kelahiran anak sulungnya. Manakala kakak ku pula Najwa Suriani, baru mendirikan rumah tangga, berumur 23 tahun dan bekerja di UiTM Segamat sebagai pensyarah. Panjang pulak pengenalan aku.


*****************************************************


Memandangkan hari ni aku tak ke sekolah, nak buat apa agaknya. Bosan lah pula. Sarapan dulu lah, kemudian baru otak boleh berfungsi.

Blurppp. Alhamdulillah, kenyang. Tak senonoh betul aku ni. Hari ni aku masak. Boleh menajamkan skill memasak aku ni. Nanti untung betul sapa yang kahwin dengan aku. Senget betul otak aku ni. Blajar pon tak habis lagi, boleh pula fikir pasal kahwin .

“Ibu memandangkan hari ni Lala tak sekolah, biar lala masak. Ibu rehat yeaa ?”

“Suka hati kamu lah Lala, kalau ibu tak bagi kamu tetap buat juga kan” sempat lagi ibu memerli aku.

Dengan senang hatinya aku ke dapur dan mula memasak. Menu aku ialah paprik ayam, sayur goreng dan telur goreng. Tak sabar rasanya.

Pabila hampir 2 jam berperang di dapur, akhirnya siap juga menu tengahari untuk aku sekeluarga. Kedengaran bunyi enjin kereta baba memasuki garaj. Macam tahu-tahu sahaja anak bongsunya sudah selesai masak.

Maka nya, tenghari itu kami menjamu selera dari air tangan aku. Selesai sahaja makan, abah berehat dahulu di ruang tamu sebelum ke pejabat. Aku pula duduk sekali bersama ibu dan abah menonton tv.

“Pandai dah anak kita ni masak ibunya, dah boleh kahwin” kata baba pada ibu. Sengaja mahu mengusik aku lah tu.

Ibu hanya gelak sahaja. Aku pula hanya memasamkan muka. Malas nak bercakap lebih. Merajuk lah konon.


*******************************************************


Akhirnyaaa, selesai sudah menjawab  kesemua kertas STPM. Alhamdulillah, lega. Keputusannya nanti harap-harap lah tak mengecewakan. Sekurang-kurangnya aku dah mencuba. 

Sekarang ni aku duduk rumah aja. Nak kerja  sementara menunggu keputusan SPM, baba tak benarkan. Katanya dia masih  mampu nak menyara anaknya ni. Jadinya, sebagai anak yang baik perlulah taat.  Duduk rumah aku tolong ibu aja. Memasak, mengemas dan lain-lain kerja rumah aku tolong. Ibu pun tak kisah. Katanya, suka bila aku menolong dan ringan sikit bebannya.

Kedengaran telefon rumah berbunyi. Cheittt, kacau betul larhh. Nampaknya aku lah yang kena angkat. Ibu dengan abah tak ada kat rumah. Keluar jumpa kawan lama katanya. Malas nya lah nak bergerak. Biar sekejap lah telefon tu, kejap lagi kalau bunyi lagi baru aku angkat. Teruk betul aku ni .

 Tiba-tiba bunyi telefon rumah yang berdering tak ada lagi dan kedengaran macam orang berbual dan kedengaran juga ganggang diletak tak lama lepas tu.
Aik, bukan aku sorang-sorang ja ke kat umah ni. Seram pulak rasanya.  

Cepat-cepat aku capai penyapu yang terletak di penjuru bilik lalu bersembunyi di belakang pintu bilik. Berdebar-debar jantung. Ya Allah selamatkan lah hambu mu ini. Sempat lagi aku berdoa dalam hati .

Pintu bilik di buka dari luar, aku pula bersiap sedia dengan penyapu. Ilmu silat  yang dipelajari  nampaknya bakal dipraktikkan kali ni.

Tukkkkkkkkk ! Tukkkkkkkk ! Tukkkkkkkkkkkk !

“Hoiiiii Lala ! Kamu ketuk kepala abang kenapa ?” kedengaran suara lelaki yang aku ketuk tu bekata-kata . Lorhhhh . Abang aku rupanya .

“Eeehhh, maaf-maaf. Lala ingat pencuri tadi, tuh yang Lala ketuk. Itu pun nasib baik Lala tak bersilat.” jawab ku pula.

“Boleh pula macam tu,  silat lah sangat.  Lala tak dengar ke bunyi kereta abang haa ?” tanya abang.

“Lala tak dengar apa-apa pun.”

“Eishhh Lala ni, memang lah tak dengar kalau dah asyik mengelamun jea . Nasib baik abang sayang, kalau tak abang ketuk balik kepala kamu.”

“Yelah, kan Lala dah minta maaf tadi”  jawabku sambil memasamkan muka.

“ Dah-dah, tak  payah nak merajuk. Abang balik ni pun nk bawak Lala jalan-jalan. Ibu dengan baba ada telefon abang semalam suruh balik hari ni dan suruh bawak  keluar.  Nak ikut tak ?”

“Yekeaa ? Mestilah nak ikut, lagipun Lala tengah bosan ni. Abang tunggu kejap yea . Lala siap-siap” suka betul hati aku , haha .

“Eeehhhh!”

“Apa lagi Lala ni?” tanya abang pabila dia lihat aku macam blur.

“Isteri abang mana? Lama da tak jumpa mak buyung tuh” tanya ku balik.

“Ada kat rumah mertua abang, banyak tanya betul Lala ni. Cepat siap, lambat abang tinggalkan”  pesan abangku .

“Baik bos. Hehehe” gembiranyaaa hati aku. Kalau abang bawak keluar, pasti dia akan belanja adiknya ni. Senangnyaa hati . 


*********************************************


Sedang aku berehat sambil menonton tv…

 “ Lala, ibu ada nak bagi tahu sesuatu sebenarnya” kata ibu kepada aku . Macam ada perkara penting aja.

“Ada apa ibu? Penting kah ?” tanya ku pula.

“Penting juga lah, berkaitan dengan masa depan kamu. Sebenarnya, masa abah dan ibu berjumpa dengan kawan lama kami. Mereka ada menyatakan hasrat untuk meminang Lala.”

“Apa ? Meminang ? Biar betul, Lala ni baru je habis STPM. Mereka salah orang agaknya ibu.”

“Ibu serius, takkan ibu nak menipu pula. Ibu dengan ayah terima tapi kami minta juga persetujuan Lala. Semua ni untuk Lala, ibu harap kamu terima” kata ibu.

“Tak mengapalah ibu, beri Lala sedikit masa” jawab ku .

“Kalau macam tu, Lala fikirkanlah dulu.”

Dugaan apa pula yang menimpa aku ni. Tak sampai hati nak mengecewakan ibu dan abah. Kalau difikir sahaja, boleh gila jadinya. Baik aku amik wuduk dan solat dulu, minta petunjuk. Moga ada jalan penyelesaian .


*************************************************************


Ketika sedang minum petang bersama ibu dan baba …

“Lala, macam mana keputusan tentang peminangan tu ?” tanya baba. Aku serba salah jadinya. Kalau boleh tak mahu melukakan hati kedua ibu bapaku.

Bismillahirahmanirrahim …

“Lala setuju abah, tapi kalau boleh nak kenal-kenal dulu.”
 
“Alhamdulillah. Ibu harap Lala tak rasa terpaksa dengan semua ini” kata ibu pada aku.

“Tak ibu, lala terima segalanya” jawabku pula.

“Kalau macam tu, baba akan beritahu pada kawan kami untuk bincang selanjutnya.”

“Terpulang semua nya pada baba dan  ibu, adik ikut sahaja keputusan kalian”  beritahu ku.


*****************************************


Hari yang ditunggu-tunggu ..

Hari ni  bakal mertua dan bakal suamiku akan datang . Macam tak  percaya jea, tapi itulah kenyataan nya. Umur baru nak masuk 20 tahun. Tapi tak mengapa, asalkan ibu dan abah gembira, aku pun gembira. Macam manalah perjalanan hidup aku lepas ni.

“Eeehh Lala, apa yang menung lagi ni. Mari tolong akak masak menu untuk makanan tengahari” arah kakak kepada aku. Terkejut aku, apa lah akak ni .
“Bila kakak sampai ? Suami akak  tak balik sekali ke?”

“Baru aja sampai tadi, Lala tu yang asyik menung jea. Akak yang besar ni pun kamu tak  perasan. Suami akak outstation.  Ni bila nak masak ni ?”

“Kakak siapkan je bahan-bahannya, kerja memasak biar Lala yang buat” kata ku padanya.

“Kalau da macam tu kata kamu, baiklah.”


*******************************************************


Lorhhhhh. Mamat tuh ke bakal laki aku . Macam kenal je, tapi kat mana yea. Nanti lah aku tanya.

“Jemput lah makan, semua ni Lala yang masak.” Kata ibu memulakan kata. Eish ibu ni pun, jangan lah cakap aku yang masak. Malu seyhhh. Huhuhu. Kedua bakal mertua serta bakal suami aku hanya menurut sahaja kata ibu lalu bergerak ke meja makan.

Dup Dap Dup Dap . Adoyaii kenapa pulak dengan jantung aku ni, tetiba lak berdebar-debar. Hensem jugak mamat ni. Nanti anak aku mesti comel-comel. Pap ! mengarut betul fikiran aku ni. Jauh betul berfikir.

“Eehhh awak ni daa kenapa tampar muka sendiri ?” tanya si dia dengan muka pelik. Alamak, daa terlepas laku. Tak reti control ayu betul aku ni.

“Haaa. Tak da apa-apa, nyamuk tadi” jawapku sambil menyegih. Malu sebenarnya. Dari ruang tamu, ibu dan baba serta bakal mertuaku hanya memerhatikan kami. Mereka beri ruang untuk kami berdua berbual sekejap .

“Dari tadi saya nak tanya sesuatu kat awak, kita pernah kenal ke? Muka macam pernah nampak  aja” Tanya ku padanya.

“Memang lah, kita kan satu sekolah. Awak tu jea yang selalu tak perasan saya” macam sedih pulak suara dia ni.

“Nama saya Hafiz Aiman, kita tak sama kelas tapi saya kenal awak” katanya lagi.

“Yekeaa, ermmm kenapa awak nak kahwin dengan saya ek ? Kita kan muda lagi, panjang lagi perjalanan hidup” tanya ku padanya.

“Sebab saya suka awak. Memang perjalanan hidup kita masih panjang, sebab tu lah saya ajak awak kahwin. Saya nak habiskan hidup bersama awak. Jadi, sudi tak nak kahwin dengan saya?” 

“Cehhh, gaya tanya macam nak ajak couple jea . Tak romantik lah awak ni.”

“Saya romantik lepas kahwin jea. Jadi jawapan awak?”tanya si dia lagi.

“ Saya setuju jea. Janji awak tak sia-siakan saya” kata ku padanya .

“Insyaallah tak, awak adalah amanat dari kedua ibu bapa awak. Pasti saya akan menjaga awak seperti saya jaga diri saya.” Jawabnya. Terharu pulak aku dengar. 


*************************************************


Maka berlangsung lah majlis pernikahan kami berdua, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Sebenarnya segan betul aku dengan tetamu yang datang. Yelah, muda-muda lagi dah kahwin. Tapi nak buat macam mana, dah jodoh.
Mana pula laki aku ni pergi, tadi ada aja. Mungkin dia pergi jumpa kawan-kawan dia lah kot. Erm tak selesa betul rasanya pakai baju berlabuci bagai. Baik aku naik tukar baju dulu.

Lega rasanya dah mandi. Baru lah segar . Nak buat apa yea. Solat dah, mandi pon dah. Haaa, baca novel jap lah. Maklumlah, dapat hantaran dari pihak lelaki beberapa buah novel . Faham betul si dia dengan minat aku yang satu tuh.

“Awak, bangun. Dah solat isyak’ ke belum ni ?”tanya si dia . Siapakah si dia tu, siapa lagi kalau bukan suami aku. Boleh pulak aku baca novel sampai tertidur.

“Saya dah solat, penat lah. Awak tak penat ke ?” tanya ku padanya .

“Penat lah jugak” jawabnya. Kemudian suasana bilik senyap jea. Hanya kedengaran bunyi aircond. Rasa macam pelik lah pulak.

“Ermmm . Awakkkkkk” meleret-leret betul suara aku.

“Ada apa” tanya si dia.

“ First night kita tangguh dulu yea. Saya harap awak faham.” Kata ku padanya.

“ Tak pa, saya faham. Tapi malam ni kita buat benda lain dulu sebelum tidur” katanya dengan muka yang sukar nak ditafsirkan.

“Haaaaa, nak buat apa. Awak jangan macam-macam”. Takut pulak aku dengan laki aku ni.

“Awak fikir lain lerhh tuh. Tak da lah, malam ni, kita buat sesi suai kenal. Awakkan tak kenal saya sepenuhnya”. Tersenyum panjang si dia. Geram betul aku. Suka lerh tu dapat kenakan aku .


******************************************************************


4bulan kemudian . ..

Sedar tak sedar, dah nak masuk 5 bulan usia perkahwinan aku dengan  si dia . Alhamdulillah kami bahagia. Sekarang aku menetap bersamanya di rumah pemberian mertuaku . Berdekatan dengan rumah ibu bapa ku dan berdekatan juga dengan rumah mertuaku. Rupanya rumah suamiku terletak berhampiran taman perumahan ku. Hafiz yakni suamiku sekarang menguruskan syarikat milik keluarganya memandangkan dia anak tunggal. Hubungan kami juga semakin hari semakin baik, aku dapat menyesuaikan diri dengan suamiku walaupun rasa agak kekok pada mulanya.

Berat pulak rasa kepala ni. Ni mesti sebab kurang rehat. Tidur kejap lah sementara tunggu Hafiz balik.

“Sayang, bangun. Nak dekat maghrib da ni” sayup-sayup kedengaran suara suamiku.

“Kenapa ni? Tak sihat ke?”tanya nya.

“Bila awak balik, maaf saya tertidur. Saya pening kepala lah awak,berat jea rasa”. Kata ku padanya. 

“Kenapa tak call saya, kalau tak boleh saya hantar sayang pergi klinik. Risau betul saya tengok sayang ni” bebelnya padaku.

“Sayang  naik bilik pergi mandi, siap-siap kejap lagi kita solat sama-sama. Lepas tu saya hantar  pergi klinik.”


***************************************************************


“Tahniah Encik Hafiz, isteri awak mengandung 2 bulan. Sebaiknya berhati-hati kerana risau keguguran pada peringkat awal kandungan.”

 “Baik doctor, terima kasih” ucap suamiku kepada doctor yang merawat aku tadi. Aku di sebelahnya hanya diam sahaja. Macam tak percaya pulak dengan apa yang aku dengar.

“Sayang tunggu sini sekejap, saya pergi ambilkan ubat yea” aku hanya mengangguk . Susah betul nak proses apa yang aku rasa sekarang ni. Gembira, suka, bahagia dan tak percaya, bercampur baur  perasaan aku ketika ini.

“Awak gembira tak dengan berita tadi?” tanya ku kepadanya sejurus kami sampai di rumah.

“Mesti lah sayang, mana ada suami yang tak gembira bila dapat tahu isterinya mengandung” jawabnya dengan nada yang gembira.

“Nanti kita buat majlis makan-makan dengan saudara-mara untuk kongsi berita gembira ni yea sayang. Tak sabar nak berkongsi cerita dengan semua orang” suka betul hati suamiku ini.

“Saya tak kisah, ikut awak lah. Awak, gementarnya perasaan bila nak jadi ibu ni” luahku kepadanya.

“Tak mengapa, saya kan ada. Selagi saya masih bernyawa, saya pasti akan jaga sayang saya ni dengan baik” katanya padaku.

“ Terharunya saya, tak salah keputusan saya memilih awak sebagai pembimbing yakni suami saya”  beritahuku pada si dia.

“Dah-dah, sekarang ni waktu tidur. Sayang pergi basuh muka yea, saya nak kebawah buatkan susu untuk sayang.”

“Alarhh awak, saya tak suka lah minum susu” daa ada gaya macam nak merajuk ni. Ada kea suruh aku minum susu, aku daa lah tak berapa suka susu.

“Takda-takda, ini semua untuk baby kita. Ada paham sayangggg ?”tanya si dia.

“Yelah-yelah, baik bossss” macam nak tak nak jea gaya aku .

Hidup kita pasti akan berkat dengan adanya restu ibu bapa. Alhamdulillah aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Sungguh lah jodoh yang diaturkan oleh ibu dan baba benar-benar berkat untuk diriku. Dengan berkahwin awal segala perbuatan yang tidak baik dapat dielakkan. Semuanya halal setelah berkahwin. Terima kasih kepada ibu dan baba kerana mendidik aku ke jalan yang benar. Terima kasih jua pada suami yang tersayang kerana menerima segala baik dan buruk diriku ini. Sempat lagi aku menulis di dalam diari harianku~

****************************************************
Percubaan pertama saya. Minta maaf sangat-sangat kalau ada salah dan silap.
                                                                              











.




Friday 1 February 2013

Mimpi Si Cinderella

Buk!! Habis berterabur buku - buku yang dipegang Mayra.

"Mintak maaf. Saya tak sengaja. Saya nak cepat ni." Sambil aku meminta maaf aku mengutip buku - buku yang berterabur. Tanpa melihat mukanya aku terus berlalu. Aku perlu sampai rumah dengan cepat. Kalau tak habis la mak dan saudara tiriku akan bising.

"Kau okey tak Aryll? Nah phone dengan buku kau. Apa da punya perempuan. Tak ada adab ke? Bukan nak tolong kutipkan buku. Kutip buku sendiri je."

"Tak pela Qaiy. Maybe dia nak cepat tu. Lagipun bukan salah dia sorang je. Salah aku gak. Tak tengok depan." Mata aku masih memandang ke arah perempuan tadi yang mula menghilangkan diri dari mata pandangan aku.

"Hah yela. Tapi comel jugakkan dia tu? Kalau la aku dapat dia. Memang setia sampai mati la. Hahaha." Seloroh si kaki buaya tu. Satu kolej tahu yang Qaiy seorang kaki perempuan. Tukar girlfriend macam tukar baju.

Aku pun gelak jew dengan apa yang Qaiy cakap. Tapi dia memang comel.

"Sayang jom pergi makan I lapar la. Dari tadi I cari you nak makan. Rupanya you lepak dengan Qaiy dekat sini."

"Datang dah buah hati kesayangan kau tu. Kau cakap tak de pape dengan dia. Ni apa kes?" Tempelak Qaiy. Qaiy paling tak suka kalau si Linda ni mula rapat dengan aku. banyak kali gak aku dah bagi amaran dekat dia tapi tetap gak datang menempek dekat aku.

*******************************************************************************

Fuhh!! Sempat gak siapkan makanan ni. Kejap lagi balik la mak tiri dengan kakak tiriku. Mujur ada Diana yang sanggup menghantar aku balik ke rumah.

"Mayra, kau dah siapkan belum makan tengah hari? Aku dah lapar ni. Macam siput buat kerja. Anak mama lapar tak?"

"Lapar la ma. Dari pagi tak makan. Ni si Mayra tak masak sarapan ma." ujar Mia. Aku tahu dia nak tengok aku dimarahi oleh mak tiriku itu. Setiap pagi aku tak pernah terlupa untuk masakkan sarapan untuk diorang. Siap ikut apa yang diorang nak makan lagi.

"Betul ma. Pagi tadi Mayra tak masak. Dah la kami orang dah lambat. Turun - turun ingatkan de la makanan. Rupanya satu pon tak de." si Lia menambah perisa ke dalam cerita. Setahu aku pagi tadi diorang yang tak nak makan sebab dah terlambat. Katanya tak suka si Linda menunggu. Dasar barua Linda betul.

"Woi Mayra. Kenapa kau tak masak sarapan untuk anak - anak aku hah? Kau nak anak - anak aku berlapar ke? Oooo. Mentang - mentang la pagi tadi aku keluar awal, kau pon nak amik kesempatan ea. Mari sini kau." Tanpa belas kasihan ranbut aku ditarik dan badan aku dihempaskan ke dinding. Sakitnya hanya dapat aku pendamkan. Aku tak dibenarkan untuk membela diriku sendiri kerana habuan lain bakal menanti aku jika membuka mulut. Aku hanya menahan bila tangan - tangan mak tiriku memukul badanku.

"Maaf ma. Mayra tak sempat nak masak pagi tadi. Mayra janji Mayra tak akan buat lagi ma." Aku hanya mampu memohon maaf dari ibu tiriku itu. Kedua saudara tiriku hanya tersenyum kemenangan. Mungkin diorang puas melihat aku macam ini.

"Dah sekarang kau masuk dapur kau sediakan makanan tengah hari. Makin muak aku tengok muka kau kat sini." tanpa berlenggah masa Mayra terus bangun dengan badan yang sakit - sakit untuk menyediakan makanan tengah hari.

Sejak kematian abah dan mama aku telah secara automatik menjadi pembantu rumah tak bergaji dalam rumah ni. Namun aku masih bersyukur kerana mak tiriku masih membenarkan aku menyanbung pelajaran.

*******************************************************************************

"Mayra!!" Menjerit Puan Lidia memanggil Mayra. Tak perlu menggunakan microphone suara Puan Lidia akan didengari di setiap pelosok rumah. Huh. Tanpa berlengah masa aku terus berlari naik ke atas ke arah bilik Puan Lidia.

"Ye ma" dengan semput aku menjawab panggilan dia.

"Malam ni aku ada tetamu. Kau masak yang sedap - sedap. Aku tak nak tetamu aku komplain makanan kau. Lagi satu aku nak kau kenalkan diri kau sebagai orang gaji kat rumah ni tau tak?"

"Baik ma. Ada apa - apa lagi ma?"

"Dah kau boleh keluar. Ingat pesan aku." Sempat lagi Puan Lidia memberi amaran dekat Mayra. Hanya sebuah jelingan yang dihadiahkan kepada Mayra. Mungkin tetamu malam ini merupakan orang yang penting.

Tepat jam 9.00 malam semua tetamu Puan Lidia telah memenuhi meja makan rumah itu. Tetamu Puan Lidia terdapat 3 orang. Seorang wanita dan lelaki tua beserta seorang lagi lelaki muda. Mungkin lelaki muda itu anak wanita dan lelaki tua itu telah Mayra.

Kedua orang saudara tiriku sudah memenuhi kerusi di sebelah lelaki muda itu. Menggedik je kerja diorang. Pantang de mamat handsome. Aku tengok diorang jew lebih mamat tu tak layan pon. Nak tergelak pon ada.

"Abang Aryll amik la air yang Mia bagi ni. Nih Mayra tuang khas untuk abang."

Si Lia pun tak nak mengaku kalah. "Abang amik yang Lia punya la. Yang Mia punya tu da tak sejuk." Ada ke boleh saudara tiriku berebut nak bagi air dekat mamat tu. Gaduh punya gaduh last - last mamat tu amik sendiri air. Tergelak sikit aku dekat situ. Mayra merasakan ada beberapa pasang mata yang memandang ke arahnya yang mneyebabkan dia berhenti untuk ketawa. Si Lia dan Mia dah mnejeling ke arah Mayra. Cepat - cepat Mayra berlalu ke arah dapur.

Selesai makan malam semua tetamu berkumpul di ruang tamu. Ketika hendak menghantar pencuci mulut ke ruang tamu entah macam mana kaki Mayra boleh tersadung. Habis baju si Aryll kena dengan kek coklat yang dihantar oleh Mayra.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Maaf ea encik . Saya tak perasan kaki meja dekat situ." Tanpa berlengah Mayra terus meminta maaf kepada Aryll. Dia berasa malu dengan Aryll.

"Hey. Kau tahu tak baju abang Aryll ni mahal. Kau sengaja ea nak rosakkan baju dia? Aku nak kau ganti baju abang Aryll ni." Marah Mia. Aku tengok si Aryll tu tak de lak nak bising - bising si Mia dengan Lia ni pulak yang lebih - lebih.

"Tak apa lah. Saya tak kisah pun. lagipun apalah sangat kotor ni. Sikit je. Nanti basuh hilanglah kotor tu." kata Aryll untuk mengelakkan daripada Mia dan Lia terus - menerus memarahi Mayra.

"Saya betul - betul minta maaf encik. Saya tidak sengaja tadi." Mayra seakan mahu menanggis.

"Kan saya dah bagitahu tadi tak apa. Boleh awak tunjukkan saya dapur? Saya nak basuh baju saya ni."Pinta Aryll.

Masam muka si kembar bila Aryll mengatakan sedemikian. Mereka menjangkakan yang Aryll akan memarahi Mayra. Aryll terus ke dapur untuk membersihkan bajunya yang terkena kek coklat tersebut. Puan Lidia, Lia dan Mia sudah mula merah muka kerana marah. Mereka merasakan yang Mayra sengaja berbuat sedemikian untuk mendapatkan perhatian daripada Aryll.

"Puan Lidia, anak Puan Lidia ke? tapi setahu saya anak Puan Lidia dua orang kan? Yang tadi pulak yang mana? Tak pernah pulak saya nampak dia."

"Owh. Tu orang gaji saya. Mayra namanya. Anak yatim. Tak tahu la siapa ibu bapanya. Anak haram kot." Puan Lidia sengaja berkata sedemikian kerana dia dapat merasakan yang Puan Sri Arina seakan berminat dengan Mayra.

"Tak baik Puan Lidia cakap macam tu. Kita tak tahu apa yang terjadi kepada oran tua Mayra. Jika benar Mayra merupakan anak haram tidak semestinya Mayra patut dihina sedemikian." Puan Lidia bertambah marah dengan apa yang dikatakan oleh Puan Sri Arina. Tan Sri Hashim hanya senyap sahaja sedari tadi.

"Siap kau Mayra. Tunggu habuan kau kejap lagi. Kau sengaja ea buat macam tu. nak tunjukkan yang kau ni baik la ea." Bisik Puan Lidia dalam hati kerana bimbang ditempelak oleh Puan Sri Arina sekali lagi.

*******************************************************************************

Pulang sahaja tetamu dari rumahnya, Puan Lidia terus mencari Mayra. Mayra harus diajar ke atas apa yang telah dilakukan oleh Mayra tadi. Dia berasa sungguh marah. Cadangnya dia mahu Puan Sri Arina tertarik kepada salah seorang anak perempuannya. Namun kerana kejadian yang tidak disangka itu Puan Sri Arina seakan berminat dengan Mayra. Musnah harapan dia mahu berbesan dengan Puan Sri Arina.

Nampak saja Mayra terus ditarik rambut Mayra. Mayra menjerit kesakitan. Dia mengheret Mayra ke hadapan dua anaknya.

"Kau sengaja buat macam tukan? Kau nak supaya keluarga Tan Sri tertarik dengan kau. Kalau kau jadi menantu diorang senang lah kau nak keluar dari keluar kami." dia terus menarik rambut Mayra tanpa belas kasihan.

"Tak ma. Tadi Mayra memang tak sengaja. Tadi sebenarnya Mia sengaja meletakkan kaki dia dekat situ supaya Mayra jatuh. Mayra betul - betul tak sengaja." tadi aku benar - benar tidak sengaja. Saudara tiriku hanya memandang sambil tersenyum.

"Kau jangan nak salahkan aku pulak. Dah memang kau buta tak nampak kaki aku dekat situ."

"Ma lepaskan rambut Mayra ma. Sakit. Mayra betul - betul tak sengaja tadi. Ma tolong ma. Sakit ma." Mayra terus merayu agar dilepaskan rambutnya itu. Dia berasa sangat sakit.

Setelah mak dan saudara tirinya beredar masuk ke bilik Mayra terus masuk ke dalam biliknya dan merintih sendiri. Dia berasa sunyi sejak kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan. Jikalau ayah dan ibu masih ada pasti hidupnya tidak sebegini.

"Ibu! Ayah! Kenapa ibu dengan ayah tinggalkan Mayra? Ibu dengan ayah tak sayang Mayra ea?" Mayra terus merintih kesedihan dan terus tertidur.

*******************************************************************************

Mayra keseorangan pada petang ini. Mak tirinya dan saudara tirinya telah keluar untuk shopping baju baru. Kata mereka hendak membeli baju untuk majlis annual dinner di kolej mereka. Semua pelajar dijemput hadir. Mayra pula telah diberikan amaran supaya tidak ikut serta dalam majlis itu nanti. Sedih Mayra mendengarnya.

 "Psst!Psst!" Aduhai bunyi apalah petang - patang. Tapi bunyi macam orang panggil. Wahai pemilik bunyi janganlah buat aku macam ini. Tunjukkan dirimu sebenarnya. Aduh meremang bulu roma aku ni. Nasib baik ni petang. Kalau malam rasanya dah lama aku masuk bilik berselubung bawah selimut.

"Mayra sini lah. Aku ni Diana. Kau nape pucat semacam je??" Tiba - tiba satu suara menegur Mayra dari arah pagar. Apabila Mayra melihat ke arah pagar rupa - rupanya itu ialah Diana. Diana merupakan satu - satunya kawan yang dia ada di kolej. Diana ni walaupun anak orang kaya tetapi dia tidak memilih kawan. Semua dia kawan tak kira lah miskin ke kaya. Dia seorang yang merendah diri.

Teringat pertama kali bertemu Diana. Ketika itu hari pendaftaran masuk ke kolej. Mayra telah tersesat untuk mencari tempat pendaftaran. Pada hari itu dia terpaksa pergi keseorangan kerana tiada siapa yang mahu menemankan dia. Ketika ini arwah ibu dan arwah ayah sedang dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya. Ibu tirinya pula sibuk dengan anak - anaknya. Ibu tirinya hanya menghantar Mayra di hadapan pagar sahaja. Terpaksa la Mayra menguruskan semuanya sendiri.

Entah macam mana ketika hendak naik tangga ke kolej kediaman salah satu beg baju Mayra terlepas dari pegangan dan tergolek jatuh ke bawah. Kemudian dia terdengar suara seperti orang terjatuh. Alamak ada orang terkena beg dia ke? Macam mana ni?

Mayra pun turun untuk melihat dan memberi bantuan. Ktika dia sampai kebawah dia melihat seorang wanita cantik persis model sedang duduk  dan beg bajunya berada disebelah wanita itu.

"Cik, cik tak pape ke? Saya mintak maaf. Ini beg saya. Tadi saya terlepas beg saya." Sambil itu Mayra menbangunkan wanita yang telah terjatuh itu.

"Apa minta - minta maaf? Ingat ini hari raya ke?" Aduhai garang la pulak minah ni. Macam mana ni?

"Tapi cik saya betul - betul tak sengaja. Saya betul - betul minta maaf. " Mata Mayra mula berair. Sikit masa lagi mungkin akan gugur. Dah la ibu dan ayah tak de.

Diana seakan terkaku melihat wanita di hadapannya seakan mahu menanggis. Dia bukannya marah betul - betul pun. Niatnya pada mulanya hanyalah ingin menyakat wanita itu. Adakah dia terlalu kasar? Diana terus menepuk kepalanya menyesal. Macam mana ni?

"Cik, saya gurau jew. Saya bukan marah betul - betul la. Lagipun saya tak da pape ha." Diana cuba memujuk wanita di hadapannya. Jikalau wanita di hadapannya menanggis dan dilihat oleh orang lain habis la dia. Mesti orang lain yang ternampak nanti menyangkakan Diana membuat sesuatu kepada wanita itu.

"Betul ke cik?"

"Betul la. Saya tak da pape. Tengok boleh menari lagi hah." Diana terus menari dihadapan Mayra. Mayra ketawa melihat keletah Diana itu. Diana yang melihat tawa itu terus berhenti dari menari.

"Haa.Kan bagus ketawa macam tu. Cengeng betul ea awak ni. Hehehe. Anyway nama saya Diana. Putri Nurdiana Sofea. Saya amik kos Pengurusan Perniagaan. Awak?"

"Nama saya NurQazrina Mayra. Panggil saya Mayra. Saya pun amik kos yang sama dengan awak. Awak duduk bilik mana? Saya bilik 31 dekat aras 3."

"Eeh. Sama lah dengan saya. Kita sebilik rupanya. Dengan kos yang sama. Nasib baik ada kawan tak dela keseorangan nanti."

Mereka terus berkawan dan tinggal sebilik sehinggalah ayah dan ibunya meninggal. Mayra terpaksa tinggal di rumah. Kata ibu tirinya supaya senang hendak memantau Mayra. Rupa - rupanya Mayra dijadikan hamba abdi di dalam rumah itu. Mata Mayra berair teringatkan tentang itu.

"Woi. Sedih sangat ke apa yang aku cakap ni? Sampai menanggis kau aku tengok. Aku rasa tak dela sedih cerita aku. Gembira ada la. Aku bukannya bawa berita yang sedih tapi gembira." Pelik Diana tiba - tiba Mayra menanggis.

"Tak dela. Tadi mata aku masuk habuk la." Dalih Mayra.

"Suka hati kau la. Kalau aku tanya lagipun kau bukan nak cakap. So macam mana? Jadi tak"

"Hah apa yang jadinya ni? Kau cakap apa ea tadi. Aku tak dengar la."

"Astagfirullah. Kau berangan rupanya. Patut la mata kau berair tadi. Penat - penat aku bercerita. hampeh punya kawan."

Mayra terus memeluk kawannya itu untuk memujuk. "Alaa kau ni. Aku tak sengaja. Cerita la balik. Wahai Diana yang baik."

"Kau nikan. Nasib abik kawan aku. Tak sanggup aku nak cubit kau. Hahaha. Malam ni kita kan ada annual dinner untuk meraikan senior - senior kita yang dah nak grad tu. Kita pergi ea Mayra. Baju aku sponsor nanti."

"Tak nak la aku. Nampak dek Mia dengan Lia nanti habis la aku. Lagipun dorang dah bagi amaran agar aku tak pergi ke majlis tu."

"Kalau kau takit pasal benda tu jangan risau. Tema malam ni Arabian. Kau pakai la macam purdah. Konfirm saudara tiri kau tak nampak. Pasal mak tiri kau nanti aku minta tolong ayah aku. Ajak datang makan dekat rumah."

"Boleh ke macam tu? Aku takut la." Mayra sebenarnya memang hendak pergi ke majlis itu. Tapi dia takut diketahui oleh mak tirinya sahaja.

"Alah. Don't worry. Nothing is possible for Diana. I'll make everything become true."

Setelah berfikir agak lama, akhirnya Mayra bersetuju.

"Aku akan datang rumah kau pukul 7.30. Nanti aku pun bersiap dekat rumah kau. Kita pergi lambat sikit untuk elakkan diorang nampak kita keluar nanti. Okeylah aku balik dulu."

*******************************************************************************

Tepat jam 7.30 malam Diana pun sampai. Dia membawa baju untuk dirinya dan Mayra. Diana masuk ikut pintu belakang untuk mengelakkan daripada terkantoi. Tanpa berlengah masa mereka terus bersiap. Mayra berasa agak berdebar untuk pergi ke majlis itu. Dia pun tak tahu kenapa dia menjadi macam tu.
Setelah pasti yang rumah telah kosong mereka terus keluar dan bergerak ke tempat majlis diadakan.

Mereka tiba agak lewat. Ketika mereka sampai majlis telah pun bermula. Mereka bergegas mencari tempat duduk yang kosong. Mereka sempat berkenalan dengan beberapa senior yang satu meja dengan dia. Mayra merasakan sepasang mata sedang memerhati ke arahnya. Dia mencuba untuk mencari arah mata yang sedang memandangnya.

Dia terpandang pemilik sepasang mata yang sedang memandangnya. Apabila menyedari dirinya tertangkap memerhati Mayra, pemilik mata tersebut terus mengalihkan pandangan matanya itu.

Arghh. Malunya macam mana boleh tertangkap ni. Aryll kau tak pernah macam ni. Tapi kenapa ea perempuan ni macam ada tarikan dengan dia dan aku macam pernah tengok ea perempuan depan aku ni. Walaupun dia berpurdah tapi aku macam pernah tengok mata tu. Mata yang cukup jernih berwarna hazel. Cantik sungguh.

Suara di hadapannya mematikan lamunan Aryll.

"Mayra kau tak nak main piano ke? Diorang dah bukak untuk persembahan bebas dah tu. Pergi la. Haa. Abang Aryll pon pandai main piano kan? Apa kata Abang Aryll dengan Mayra buat persembahan duet. Mesti syok." Semua yang berada di situ bagaikan tersentak. Kerana tidak ada seorang pon yang tahu bahawa Aryll pandai bermain piano.

"Abang Aryll this is your chance. Grab it. I know you like her. I can see from your eyes. There will be no more chance like this if you lost for this time." Diana berbisik ke arah Aryll. Aik.. Nampak sangat ke? Aryll mengaru - garu kepala untuk menutup rasa malunya.

Semua mata memandangnya manantikan jawapan. Aryll serba - salah jadinya. Dia bagaikan banduan yang sedang disoal - siasat. Akhirnya Aryll bersuara.

"Of course if this pretty lady don't mind about it. How young lady?" Kini semua mata memandang ke arah Mayra pula. Mayra pula merasa apa yang dialami oleh Aryll tadi. Mayra hanya menanggukkan kepala tanda memberi persetujuan. Mereka berdua berjalan menuju ke pentas. Aryll melangkah ke arah pengancara majlis untuk memberi tahu tentang persembahan mereka. Kemudian duduk di hadapan piano bersebelahan dengan Mayra.

Mayra merasakan ada seseorang yang sedang duduk di sebelahnya. Dia melihat Aryll sedang duduk di sebelahnya.

"Okey hari ini kita ada sepasang couple yang sama padan. Mereka akan memberikan kita persembahan piano yang sangat mengasyikkan. Mari kite mempersilakan Mayra dan Aryll untuk menyampaikan persembahan tersebut."

"Okey awak pandai tak main lagu Only Hope? Ini not - not dia." Mayra meminta dari Aryll agar memainkan lagu tersebut. Mereka pun mula bermain piano. Mereka bagaikan pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Tanpa mereka sedari bahawa ada aura cemburu sedang menguasai di dalam dewan tersebut.

Apabila tamat persembahan mereka, Mayra terus ditarik oleh Diana. Mayra yang sedang bingung terus ikut saja langkah Diana. Aryll pun ikut terpaku lihat apa yang dilakukan oleh Diana.

"Diana napa ni? Ada pape yang berlaku ke? Cuba bagi tahu aku."

"Tadi ayah call. Dia cakap mak tiri kau da on the way balik da. Cepat. Nanti kantoi lak." dengar sahaja Diana berkata sedemikian Mayra terus berlari masuk kedalam kereta Diana.

"Hai dah hilang dari mata pon still tengok lagi ke? Dah jatuh hati?" Usik Qaiy apabila dia melihat Aryll masih lagi melihat ke arah pintu utama walaupun kelibat dua sahabat tadi telah hilang.

"Mana adalah. Aku nak tengok sepupu aku tu je. Macam kelam - kabut. Ada apa - apa berlaku dekat mak long dengan pak long aku ke?"

"Kau jangan nak berdalih lah. Mata kau bukan pandang dekat sepupu kau tapi dekat perempuan yang nama Mayra tukan? Kalau da minat sangat minta la tolong sepupu kesayangan kau tu."

"Buat apa lak? Bukan aku minat dengan dia pon. Kau jangan nak buat fitnah ea."

"Hahahha. Aku dah kenal kau lama da wei. Aku tahu macam mana bila kau da start jatuh cinta. "

"I think I'm fall in love with her la beb. Macam mana ni? Tapi Diana cakap at aku Budak tu takkan jatuh cinta time belajar." Tak sangka ada lagi perempuan yang macam tu. Perempuan belajar tinggi - tinggi pon masuk dapur jugak. Nampak sangat Aryll ni seorang yang tak terbuka fikirannya.

"Aku tahu nak buat apa. Kau ikut jew rancangan aku."

*******************************************************************************

"Diana tunggu la kejap. Penat la. Laju sangat kau jalan ni. Kau nak pergi mana nih?" Ish. Diana ni dari tadi senyap je dia. Pelik betul la. Kalau tak biasanya dia lah yang paling bising. Dok pot pet pot pet. Tak senang aku gini dia senyap jew.

"Yela. Aku teman kau jumpa abang senior tu. Kau ni pon. Tak pernah - pernah nak merajuk dengan aku."

"Yes. Sayang kau ketat - ketat la Mayra." Penat gak nak memujuk budak sorang ni ikut apa yang aku nak. Kalau Mayra tak ikut aku habis la rancangan aku. Tanpa melengahkan masa mereka terus berjalan menuju ke taman bunga yang terdapat di situ. Mayra pasti akan terkejut kejap lagi. Senyuman Diana menyebabkan Mayra berasa pelik.

"Dah kau ni kenapa? Senyum sorang - sorang. Karang ada gak yang kata aku jalan dengan orang gila." Seram gak jalan sebelah Diana ni. Dok senyum aje.

Kaki Diana terus berhenti apabila sampai di taman bunga. Dia berasa teruja sangat. Mata dia bagaikan tak boleh di alihkan daripada memandang ke arah tu. Kaki dia seakan dipaku ke tanah. Sebuah gazebo dihias cantik. Penuh dengan belon - belon berwarna - warni. Dekat tiang ada bunga ros putih. Macam dalam cerita fantasi la pulak. Andai kata la bakal suamiku melamar di situ. Memori paling indah yang takkan aku lupakan la.

Ketika sedang sibuk memerhatikan gazebo tersebut, Mayra tidak sedar yang kakinya telah pun bergerak ke arah gazebo tersebut. Dia tidak sedar yang Diana telah pun tinggalkan dia. Dia hanya tersedar apabila terdengar suara berdehem. Apabila dia pusing kebelakang dia bukannya nampak Diana tapi Aryll. Apa yang buat dekat sini? Mana Diana? Tadi bukan dia dekat belakang aku ke?

"Eh. Macam mana abang Aryll ada dekat sini. Bukan tadi belakang Mayra Diana ke?" Mata Mayra masih meliar mencari kelibat Diana yang tiba - tiba menghilangkan diri. Macam biskut pun ada si Diana ni. Tiba - tiba Aryll melutu di hadapan Mayra. Mayra tergamam dengan apa yang dilakukan oleh Aryll.

"Mayra, sudi tak jadi cinderella abang? Mayra dah cicirkan hati Mayra masa malam annual dinner hari tu. Awak juga dah tarik pandangan mata abang sejak kali pertama kita berjumpa." Mayra seakan terkedu dengan apa yang sedang dilakukan oleh Aryll. Dia hanya memandang Aryll tanpa berkata apa - apa.

Apa yang aku nak kena cakap ni? Dalam hati mestilah kata nak. Tapi apa yang mulut yang akan kejap lagi. Dalam keadaan macam nih biasanya mulut takkan ikut apa yang hati cakapkan. Apabila melihat tiada balasan dari Mayra dia terus bangun dan ingin berlalu. Mayra hanya memangdang kelibat Aryll.

*******************************************************************************

"Aku terima nikahnya Nurasdiana Najwa bt Mokhtar dengan mas kahwinnya RM300 tunai"

Akhirnya dengan sekali lafaz Diana menjadi hak milik Qaiyril Hakim. Rupa - rupanya abang Qaiy memang dah lama minat dekat Diana tapi malu. Namun melihat apa yang berlaku terhadap aku dan abang Aryll, abang Qaiy terus melamar Diana. Siapa sangka boleh jadi macam tu. Dah jodoh diorang.

Aku memandang ke arah suamiku yang sedang mendukung anak sulung kami yang berusia 2 bulan. Alhamdulillah. Kini abang Aryll ialah suamiku yang sah. Kami telah bernikah seminggu lepas peristiwa di taman bunga tersebut. Rupanya abang Aryll telah datang ke rumahku pada keesokkan harinya. Terkejut juga la mak tiriku. Dia ingatkan abang Aryll datang meminang anak - anak kesayangannya tu. Abang Aryll tawarkan kontrak besar dekat mak tiriku sebagai syarat untuk berkahwin dengan aku.

"Jauh termenung sayang? Teringatkan siapa?" tegur abang Aryll. Aku tak perasan bila abang Aryll berada di sebelahku. Aku terus ambil anak kami Mayra Aireen.

"Tak dela. Ingat tentang kita dulu - dulu. Rasa seronok jew. Macam kelakar pun ada.hehehe"

"Apa - apa la. Walau apa pun sekarang Mayra dah jadi cinderella abang." Kami saling berpandangan sambil tersenyum. Semoga jodoh kami berkekalan. Amin..

#My first cerpen. Saya tahu banyak kesalahan. Dengan adanya komen2 anda saya akan improvekan gaya penulisan saya.



















Pink Rose Flower