Pada pagi yang indah dan mendamaikan .
“Lala, bila kamu nak bangun ni nak ? Dah lambat nak ke
sekolah dah ni. Nanti kamu kena denda nak oiii” bebel ibu. Walhal anaknya tak
dengar apa. Syok tidur .
“Ibunya ni kenapa bising pagi-pagi” tanya baba.
“Mana saya tak bising babanya, anak dara awak ni tak
reti-reti nak bangun pergi sekolah” kata ibu sambil memandang anak daranya yang
sedang lena. Baba hanya tersenyum sahaja. Boleh pula baba ni senyum. Patutnya
dia marah. Pelikkan ??!
Tiba-tiba, Dushhhhh.
“Ooohhh baba ku kahwin lagi” terus aku melatah .
Rupa-rupanya kena siram dengan segayung air oleh baba. Kacau betul la. Sedap-sedap mimpi tadi. Boleh pulak ibu
dengan baba gelakkan aku. Suka lah tu dapat kenakan anaknya ni .
“Bangun Lala, kamu tak nak ke sekolah ke ?” tanya baba.
“Sekarang pukul berapa baba?” tanya aku pula. Maklumlah, baru bangun
tidur jadinya kepala tak boleh nak proses sangat.
“Nak dekat
tujuh setengah pagi wahai anakku sayang” jawab baba. Mendayu-dayu pula
aku dengar.
“Alamak ! Dah lambat, nampaknya hari ni tak pergi sekolah
boleh yea baba ? Lala macam tak sihat je ni” Aku memberi alasan. Lagipun kalau ke sekolah, pasti kena denda kerana
lambat . Jadinya tak pergi lah. Jangan buat contoh ye.
“Lala ni ada je lah, nasib baik keputusan peperiksaan
bagus. Kali ni je. Esok pergi sekolah, STPM dah dekat” kata baba.
“Baik bos!” menyengih gembira aku. Ibu pula hanya
geleng kepala melihat perangai anak bongsunya yang manja ini.
Nasib lah dapat anak bongsu yang terlebih manja ni.
Nama ku Najwa Suhaila. Anak bongsu
kepada pasangan Najmi Sulaiman dan Siti Farhana . Mempunyai seorang abang dan
seorang kakak. Abang sulungku Najmi Shamin bekerja sebagai engineer disalah
sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Sudah
berkahwin dan sedang menunggu kelahiran anak sulungnya. Manakala kakak ku pula
Najwa Suriani, baru mendirikan rumah tangga, berumur 23 tahun dan bekerja di
UiTM Segamat sebagai pensyarah. Panjang pulak pengenalan aku.
*****************************************************
Memandangkan hari ni aku tak ke sekolah, nak buat apa
agaknya. Bosan lah pula. Sarapan dulu lah, kemudian baru otak boleh berfungsi.
Blurppp. Alhamdulillah, kenyang. Tak senonoh betul aku
ni. Hari ni aku masak. Boleh menajamkan skill memasak aku ni. Nanti untung betul
sapa yang kahwin dengan aku. Senget betul otak aku ni. Blajar pon tak habis
lagi, boleh pula fikir pasal kahwin .
“Ibu memandangkan hari ni Lala tak sekolah, biar lala
masak. Ibu rehat yeaa ?”
“Suka hati kamu lah Lala, kalau ibu tak bagi kamu
tetap buat juga kan” sempat lagi ibu memerli aku.
Dengan senang hatinya aku ke dapur dan mula memasak.
Menu aku ialah paprik ayam, sayur goreng dan telur goreng. Tak sabar rasanya.
Pabila hampir 2 jam berperang di dapur, akhirnya siap
juga menu tengahari untuk aku sekeluarga. Kedengaran bunyi enjin kereta baba
memasuki garaj. Macam tahu-tahu sahaja anak bongsunya sudah selesai masak.
Maka nya, tenghari itu kami menjamu selera dari air
tangan aku. Selesai sahaja makan, abah berehat dahulu di ruang tamu sebelum ke
pejabat. Aku pula duduk sekali bersama ibu dan abah menonton tv.
“Pandai dah anak kita ni masak ibunya, dah boleh kahwin”
kata baba pada ibu. Sengaja mahu mengusik aku lah tu.
Ibu hanya gelak sahaja. Aku pula hanya memasamkan muka.
Malas nak bercakap lebih. Merajuk lah konon.
*******************************************************
Akhirnyaaa, selesai sudah menjawab kesemua kertas STPM. Alhamdulillah, lega. Keputusannya
nanti harap-harap lah tak mengecewakan. Sekurang-kurangnya aku dah mencuba.
Sekarang ni aku duduk rumah aja. Nak kerja sementara menunggu keputusan SPM, baba tak
benarkan. Katanya dia masih mampu nak
menyara anaknya ni. Jadinya, sebagai anak yang baik perlulah taat. Duduk rumah aku tolong ibu aja. Memasak,
mengemas dan lain-lain kerja rumah aku tolong. Ibu pun tak kisah. Katanya, suka
bila aku menolong dan ringan sikit bebannya.
Kedengaran telefon rumah berbunyi. Cheittt, kacau
betul larhh. Nampaknya aku lah yang kena angkat. Ibu dengan abah tak ada kat
rumah. Keluar jumpa kawan lama katanya. Malas nya lah nak bergerak. Biar
sekejap lah telefon tu, kejap lagi kalau bunyi lagi baru aku angkat. Teruk
betul aku ni .
Tiba-tiba bunyi
telefon rumah yang berdering tak ada lagi dan kedengaran macam orang berbual
dan kedengaran juga ganggang diletak tak lama lepas tu.
Aik, bukan aku sorang-sorang ja ke kat umah ni. Seram
pulak rasanya.
Cepat-cepat aku capai penyapu yang terletak di penjuru
bilik lalu bersembunyi di belakang pintu bilik. Berdebar-debar jantung. Ya Allah
selamatkan lah hambu mu ini. Sempat lagi aku berdoa dalam hati .
Pintu bilik di buka dari luar, aku pula bersiap sedia
dengan penyapu. Ilmu silat yang dipelajari nampaknya bakal dipraktikkan kali ni.
Tukkkkkkkkk ! Tukkkkkkkk ! Tukkkkkkkkkkkk !
“Hoiiiii Lala ! Kamu ketuk kepala abang kenapa ?”
kedengaran suara lelaki yang aku ketuk tu bekata-kata . Lorhhhh . Abang aku
rupanya .
“Eeehhh, maaf-maaf. Lala ingat pencuri tadi, tuh yang
Lala ketuk. Itu pun nasib baik Lala tak bersilat.” jawab ku pula.
“Boleh pula macam tu,
silat lah sangat. Lala tak dengar
ke bunyi kereta abang haa ?” tanya abang.
“Lala tak dengar apa-apa pun.”
“Eishhh Lala ni, memang lah tak dengar kalau dah asyik
mengelamun jea . Nasib baik abang sayang, kalau tak abang ketuk balik kepala
kamu.”
“Yelah, kan Lala dah minta maaf tadi” jawabku sambil memasamkan muka.
“ Dah-dah, tak payah nak merajuk. Abang balik ni pun nk bawak
Lala jalan-jalan. Ibu dengan baba ada telefon abang semalam suruh balik hari ni
dan suruh bawak keluar. Nak ikut tak ?”
“Yekeaa ? Mestilah nak ikut, lagipun Lala tengah bosan
ni. Abang tunggu kejap yea . Lala siap-siap” suka betul hati aku , haha .
“Eeehhhh!”
“Apa lagi Lala ni?” tanya abang pabila dia lihat aku
macam blur.
“Isteri abang mana? Lama da tak jumpa mak buyung tuh”
tanya ku balik.
“Ada kat rumah mertua abang, banyak tanya betul Lala
ni. Cepat siap, lambat abang tinggalkan”
pesan abangku .
“Baik bos. Hehehe” gembiranyaaa hati aku. Kalau abang
bawak keluar, pasti dia akan belanja adiknya ni. Senangnyaa hati .
*********************************************
Sedang aku berehat sambil menonton tv…
“ Lala, ibu ada
nak bagi tahu sesuatu sebenarnya” kata ibu kepada aku . Macam ada perkara
penting aja.
“Ada apa ibu? Penting kah ?” tanya ku pula.
“Penting juga lah, berkaitan dengan masa depan kamu.
Sebenarnya, masa abah dan ibu berjumpa dengan kawan lama kami. Mereka ada menyatakan
hasrat untuk meminang Lala.”
“Apa ? Meminang ? Biar betul, Lala ni baru je habis STPM.
Mereka salah orang agaknya ibu.”
“Ibu serius, takkan ibu nak menipu pula. Ibu dengan
ayah terima tapi kami minta juga persetujuan Lala. Semua ni untuk Lala, ibu
harap kamu terima” kata ibu.
“Tak mengapalah ibu, beri Lala sedikit masa” jawab ku
.
“Kalau macam tu, Lala fikirkanlah dulu.”
Dugaan apa pula yang menimpa aku ni. Tak sampai hati
nak mengecewakan ibu dan abah. Kalau difikir sahaja, boleh gila jadinya. Baik
aku amik wuduk dan solat dulu, minta petunjuk. Moga ada jalan penyelesaian .
*************************************************************
Ketika sedang minum petang bersama ibu dan baba …
“Lala, macam mana keputusan tentang peminangan tu ?”
tanya baba. Aku serba salah jadinya. Kalau boleh tak mahu melukakan hati kedua
ibu bapaku.
Bismillahirahmanirrahim …
“Lala setuju abah, tapi kalau boleh nak kenal-kenal
dulu.”
“Alhamdulillah. Ibu harap Lala tak rasa terpaksa
dengan semua ini” kata ibu pada aku.
“Tak ibu, lala terima segalanya” jawabku pula.
“Kalau macam tu, baba akan beritahu pada kawan kami
untuk bincang selanjutnya.”
“Terpulang semua nya pada baba dan ibu, adik ikut sahaja keputusan kalian” beritahu ku.
*****************************************
Hari yang ditunggu-tunggu ..
Hari ni bakal
mertua dan bakal suamiku akan datang . Macam tak percaya jea, tapi itulah kenyataan nya. Umur
baru nak masuk 20 tahun. Tapi tak mengapa, asalkan ibu dan abah gembira, aku pun
gembira. Macam manalah perjalanan hidup aku lepas ni.
“Eeehh Lala, apa yang menung lagi ni. Mari tolong akak
masak menu untuk makanan tengahari” arah kakak kepada aku. Terkejut aku, apa
lah akak ni .
“Bila kakak sampai ? Suami akak tak balik sekali ke?”
“Baru aja sampai tadi, Lala tu yang asyik menung jea.
Akak yang besar ni pun kamu tak perasan.
Suami akak outstation. Ni bila nak masak
ni ?”
“Kakak siapkan je bahan-bahannya, kerja memasak biar Lala
yang buat” kata ku padanya.
“Kalau da macam tu kata kamu, baiklah.”
*******************************************************
Lorhhhhh. Mamat tuh ke bakal laki aku . Macam kenal
je, tapi kat mana yea. Nanti lah aku tanya.
“Jemput lah makan, semua ni Lala yang masak.” Kata ibu
memulakan kata. Eish ibu ni pun, jangan lah cakap aku yang masak. Malu seyhhh.
Huhuhu. Kedua bakal mertua serta bakal suami aku hanya menurut sahaja kata ibu
lalu bergerak ke meja makan.
Dup Dap Dup Dap . Adoyaii kenapa pulak dengan jantung
aku ni, tetiba lak berdebar-debar. Hensem jugak mamat ni. Nanti anak aku mesti
comel-comel. Pap ! mengarut betul fikiran aku ni. Jauh betul berfikir.
“Eehhh awak ni daa kenapa tampar muka sendiri ?” tanya
si dia dengan muka pelik. Alamak, daa terlepas laku. Tak reti control ayu betul
aku ni.
“Haaa. Tak da apa-apa, nyamuk tadi” jawapku sambil
menyegih. Malu sebenarnya. Dari ruang tamu, ibu dan baba serta bakal mertuaku
hanya memerhatikan kami. Mereka beri ruang untuk kami berdua berbual sekejap .
“Dari tadi saya nak tanya sesuatu kat awak, kita
pernah kenal ke? Muka macam pernah nampak
aja” Tanya ku padanya.
“Memang lah, kita kan satu sekolah. Awak tu jea yang
selalu tak perasan saya” macam sedih pulak suara dia ni.
“Nama saya Hafiz Aiman, kita tak sama kelas tapi saya
kenal awak” katanya lagi.
“Yekeaa, ermmm kenapa awak nak kahwin dengan saya ek ?
Kita kan muda lagi, panjang lagi perjalanan hidup” tanya ku padanya.
“Sebab saya suka awak. Memang perjalanan hidup kita
masih panjang, sebab tu lah saya ajak awak kahwin. Saya nak habiskan hidup
bersama awak. Jadi, sudi tak nak kahwin dengan saya?”
“Cehhh, gaya tanya macam nak ajak couple jea . Tak
romantik lah awak ni.”
“Saya romantik lepas kahwin jea. Jadi jawapan
awak?”tanya si dia lagi.
“ Saya setuju jea. Janji awak tak sia-siakan saya”
kata ku padanya .
“Insyaallah tak, awak adalah amanat dari kedua ibu
bapa awak. Pasti saya akan menjaga awak seperti saya jaga diri saya.” Jawabnya.
Terharu pulak aku dengar.
*************************************************
Maka berlangsung lah majlis pernikahan kami berdua,
semuanya berjalan seperti yang dirancang. Sebenarnya segan betul aku dengan
tetamu yang datang. Yelah, muda-muda lagi dah kahwin. Tapi nak buat macam mana,
dah jodoh.
Mana pula laki aku ni pergi, tadi ada aja. Mungkin dia
pergi jumpa kawan-kawan dia lah kot. Erm tak selesa betul rasanya pakai baju
berlabuci bagai. Baik aku naik tukar baju dulu.
Lega rasanya dah mandi. Baru lah segar . Nak buat apa
yea. Solat dah, mandi pon dah. Haaa, baca novel jap lah. Maklumlah, dapat
hantaran dari pihak lelaki beberapa buah novel . Faham betul si dia dengan
minat aku yang satu tuh.
“Awak, bangun. Dah solat isyak’ ke belum ni ?”tanya si
dia . Siapakah si dia tu, siapa lagi kalau bukan suami aku. Boleh pulak aku
baca novel sampai tertidur.
“Saya dah solat, penat lah. Awak tak penat ke ?” tanya
ku padanya .
“Penat lah jugak” jawabnya. Kemudian suasana bilik
senyap jea. Hanya kedengaran bunyi aircond. Rasa macam pelik lah pulak.
“Ermmm . Awakkkkkk” meleret-leret betul suara aku.
“Ada apa” tanya si dia.
“ First night kita tangguh dulu yea. Saya harap awak
faham.” Kata ku padanya.
“ Tak pa, saya faham. Tapi malam ni kita buat benda
lain dulu sebelum tidur” katanya dengan muka yang sukar nak ditafsirkan.
“Haaaaa, nak buat apa. Awak jangan macam-macam”. Takut
pulak aku dengan laki aku ni.
“Awak fikir lain lerhh tuh. Tak da lah, malam ni, kita
buat sesi suai kenal. Awakkan tak kenal saya sepenuhnya”. Tersenyum panjang si
dia. Geram betul aku. Suka lerh tu dapat kenakan aku .
******************************************************************
4bulan kemudian . ..
Sedar tak sedar, dah nak masuk 5 bulan usia
perkahwinan aku dengan si dia .
Alhamdulillah kami bahagia. Sekarang aku menetap bersamanya di rumah pemberian
mertuaku . Berdekatan dengan rumah ibu bapa ku dan berdekatan juga dengan rumah
mertuaku. Rupanya rumah suamiku terletak berhampiran taman perumahan ku. Hafiz
yakni suamiku sekarang menguruskan syarikat milik keluarganya memandangkan dia
anak tunggal. Hubungan kami juga semakin hari semakin baik, aku dapat
menyesuaikan diri dengan suamiku walaupun rasa agak kekok pada mulanya.
Berat pulak rasa kepala ni. Ni mesti sebab kurang
rehat. Tidur kejap lah sementara tunggu Hafiz balik.
“Sayang, bangun. Nak dekat maghrib da ni” sayup-sayup
kedengaran suara suamiku.
“Kenapa ni? Tak sihat ke?”tanya nya.
“Bila awak balik, maaf saya tertidur. Saya pening
kepala lah awak,berat jea rasa”. Kata ku padanya.
“Kenapa tak call saya, kalau tak boleh saya hantar
sayang pergi klinik. Risau betul saya tengok sayang ni” bebelnya padaku.
“Sayang naik
bilik pergi mandi, siap-siap kejap lagi kita solat sama-sama. Lepas tu saya
hantar pergi klinik.”
***************************************************************
“Tahniah Encik Hafiz, isteri awak mengandung 2 bulan.
Sebaiknya berhati-hati kerana risau keguguran pada peringkat awal kandungan.”
“Baik doctor,
terima kasih” ucap suamiku kepada doctor yang merawat aku tadi. Aku di
sebelahnya hanya diam sahaja. Macam tak percaya pulak dengan apa yang aku
dengar.
“Sayang tunggu sini sekejap, saya pergi ambilkan ubat
yea” aku hanya mengangguk . Susah betul nak proses apa yang aku rasa sekarang
ni. Gembira, suka, bahagia dan tak percaya, bercampur baur perasaan aku ketika ini.
“Awak gembira tak dengan berita tadi?” tanya ku
kepadanya sejurus kami sampai di rumah.
“Mesti lah sayang, mana ada suami yang tak gembira
bila dapat tahu isterinya mengandung” jawabnya dengan nada yang gembira.
“Nanti kita buat majlis makan-makan dengan
saudara-mara untuk kongsi berita gembira ni yea sayang. Tak sabar nak berkongsi
cerita dengan semua orang” suka betul hati suamiku ini.
“Saya tak kisah, ikut awak lah. Awak, gementarnya
perasaan bila nak jadi ibu ni” luahku kepadanya.
“Tak mengapa, saya kan ada. Selagi saya masih
bernyawa, saya pasti akan jaga sayang saya ni dengan baik” katanya padaku.
“ Terharunya saya, tak salah keputusan saya memilih
awak sebagai pembimbing yakni suami saya”
beritahuku pada si dia.
“Dah-dah, sekarang ni waktu tidur. Sayang pergi basuh
muka yea, saya nak kebawah buatkan susu untuk sayang.”
“Alarhh awak, saya tak suka lah minum susu” daa ada
gaya macam nak merajuk ni. Ada kea suruh aku minum susu, aku daa lah tak berapa
suka susu.
“Takda-takda, ini semua untuk baby kita. Ada paham
sayangggg ?”tanya si dia.
“Yelah-yelah, baik bossss” macam nak tak nak jea gaya
aku .
Hidup kita pasti akan berkat dengan adanya restu ibu
bapa. Alhamdulillah aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Sungguh lah jodoh
yang diaturkan oleh ibu dan baba benar-benar berkat untuk diriku. Dengan
berkahwin awal segala perbuatan yang tidak baik dapat dielakkan. Semuanya halal
setelah berkahwin. Terima kasih kepada ibu dan baba kerana mendidik aku ke
jalan yang benar. Terima kasih jua pada suami yang tersayang kerana menerima
segala baik dan buruk diriku ini. Sempat lagi aku menulis di dalam diari
harianku~
****************************************************
Percubaan pertama saya. Minta maaf sangat-sangat kalau
ada salah dan silap.
.
No comments:
Post a Comment